Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT wiser.my

ChatGPT Mula Terima Sistem Memori Baharu, Lebih Relevan

Diterbitkan Jun 5, 2026 ยท Dikemas kini Jun 5, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI mengumumkan penambahbaikan baharu pada sistem memori ChatGPT yang direka untuk menjadikan chatbot itu lebih relevan dan berguna dalam jangka panjang.

Menurut OpenAI, sistem baharu ini dibangunkan bagi mengatasi beberapa cabaran utama berkaitan ciri memori, termasuk maklumat yang lapuk, ketepatan maklumat yang disimpan serta keupayaan untuk beroperasi pada skala yang lebih besar melibatkan ratusan juta pengguna dan tempoh penggunaan selama bertahun-tahun.

Sebagai rujukan, ciri memori membolehkan ChatGPT mengingati perkara seperti keutamaan pengguna, projek yang sedang diusahakan dan pelbagai maklumat berkaitan yang dipilih untuk disimpan. Dengan cara ini, perbualan baharu tidak perlu bermula dari kosong kerana ChatGPT boleh merujuk kepada konteks yang telah dipelajari sebelum ini.

ChatGPT Mula Terima Sistem Memori Baharu, Lebih Relevan

OpenAI berkata sepanjang dua tahun lalu, memori telah menjadi antara komponen penting dalam pengalaman menggunakan ChatGPT. Melalui pemahaman yang lebih baik terhadap konteks pengguna, ChatGPT dapat memberikan bantuan yang lebih relevan dan konsisten dari semasa ke semasa.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/05100930/OpenAI_-_With_the_new_memory_system_you_can_review_and_steer_what_ChatGPT_rem_8Mn59e.mp4

Melalui sistem memori baharu ini, ChatGPT juga akan menjejaki maklumat penting secara automatik. Pada masa sama, pengguna diberikan lebih banyak kawalan terhadap maklumat yang disimpan menerusi ciri ringkasan memori, yang membolehkan mereka menyemak serta mengurus perkara yang diingati oleh ChatGPT.

Sekiranya perlu, pengguna juga boleh memilih untuk kembali kepada pengalaman memori lama.

Ketersediaan

Kemas kini sistem memori baharu ini mula dilancarkan kepada pelanggan ChatGPT Plus dan Pro di Amerika Syarikat, bersama peningkatan kapasiti memori sehingga dua kali ganda.

Bagi pengguna iOS dan Android, aplikasi ChatGPT perlu dikemas kini ke versi terkini untuk mengakses sistem memori baharu ini.

OpenAI turut memaklumkan pelancarannya akan diperluaskan ke lebih banyak negara serta kepada pengguna pelan Free dan Go dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ChatGPT Kini Guna GPT-5.5 Instant Sebagai Model 'Default'
  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android
  • OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY