Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony honda elektrik

Sony Sahkan Kerjasama Dengan Honda Untuk Bina Kenderaan Elektrik

Diterbitkan Jun 20, 2022 oleh Nadiah Ab

Sony dan Honda mengesahkan rancangan mereka untuk mewujudkan usaha pembuatan kenderaan elektrik, dengan memperkenalkan nama syarikat baharu iaitu Sony Honda Mobility Inc.

Menurut kenyataan akhbar daripada Sony, masing-masing akan memegang 50% saham yang sama dalam usaha niaga yang baru dibentuk itu.

Yasuhide dari Honda akan berkhidmat sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif manakala Izumi Kawanishi dari Sony akan berkhidmat sebagai presiden dan Ketua Pegawai Pengurusan.

Sony Honda Mobility Inc. akan ditubuhkan di Tokyo sebelum akhir tahun dan jualan kenderaan pengeluarannya akan bermula pada tahun 2025.

Pada asasnya, Honda akan menguruskan bahagian pembinaan kereta elektrik dan Sony akan menawarkan pengalaman perisian dan teknologi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenchiro Yoshida, inisiatif Sony dalam perniagaan mobiliti tertumpu pada tiga bidang keselamatan, hiburan, dan kebolehsuaian.

Mereka juga berhasrat untuk menyumbang kepada evolusi mobiliti dengan menggabungkan teknologi alam sekitar dan keselamatan termaju Honda, keupayaan pembangunan mobiliti, teknologi pembuatan badan kenderaan dan pengalaman pengurusan perkhidmatan selepas jualan, dengan kepakaran Sony dalam pengimejan, penderiaan, telekomunikasi, rangkaian, dan teknologi hiburan.

Sumber: Sony

Baca juga:

  • Sony Jangka Yang Kamera Telefon Pintar Boleh Kalahkan Kamera DSLR
  • Sony Akan Tingkatkan Pengeluaran PlayStation 5 Apabila Hal Ini Pulih
  • Sony Rancang Separuh Permainan Tersedia Untuk PC Dan ‘Mobile’ Menjelang 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY