Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dan Honda Sasar Jualan Kereta Elektrik Pada 2026

Sony Dan Honda Sasar Jualan Kereta Elektrik Pada 2026

Diterbitkan Oktober 14, 2022 oleh Amalina Athman

Sony dan Honda melalui kerjasama Sony Honda Mobility (SHM) kini mengumumkan sasaran jualan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka menjelang 2026.

Menurut Reuters, pra tempah EV premium itu dijangka akan dibuka pada separuh pertama 2025, dengan penghantaran bermula di Amerika Syarikat (AS) dan kemudiannya diikuti pasaran Jepun pada 2026.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Lantik Pakar Lamborghini Untuk Bina Kereta Elektrik
  • Proton Akan Jual Kereta Elektrik Seawal Oktober 2023
  • Selepas Keretapi, China Uji Pula Teknologi 'Maglev' Pada Kereta

SHM melihat pasaran AS sebagai peluang untuk menjual EV premium mereka dengan menawarkannya pada harga yang berpatutan serta selaras dengan nilai tambah produk, yang tertumpu kepada perisian dan hiburan.

Dengan menggunakan pengalaman Honda dalam pembuatan kereta serta kepakaran Sony dalam perisian, hiburan dan teknologi sensor, kedua-duanya merancang untuk memfokuskan jualan dalam talian seperti yang dilakukan oleh Tesla.

Sebagai tambahan, sistem perisian Sony termasuk hiburan dan perkhidmatan akan ditawarkan secara langganan bulanan, bagi memberikan pendapatan berterusan kepada SMH. Syarikat itu juga sedang mengkaji untuk menyediakan jenis hiburan dalam kenderaan, termasuk yang berasaskan metaverse.

Gambar utama: CNBC

Sumber: engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY