Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi prepaid 2024

CelcomDigi Lancar Pelan Prabayar 5G Baharu, Pas Bulanan Serendah RM25

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh Amalina Athman

CelcomDigi hari ini melancarkan pelan CelcomDigi Prepaid 5G baharu, bagi membolehkan pengguna menikmati sambungan rangkaian 4G dan 5G di Malaysia.

Berkaitan

  • CelcomDigi Tawar Pelan 5G Home WiFi Tanpa Kontrak - RM99/Bulan, Kuota Internet 1TB
  • CelcomDigi, U Mobile Akan Kongsi Tapak Rangkaian 4G

Bermula 1 Mac 2024, CelcomDigi Prepaid 5G akan tersedia dengan dua edisi – Prepaid 5G Intenet Tanpa Had Edisi Biru dan Prepaid 5G Internet Pantas Edisi Kuning.

CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru

Pelan prabayar Edisi Biru menawarkan dua pas bulanan dengan internet 4G/5G tanpa had, kuota internet pantas dan hotspot. Internet pantas dan hotspot masing-masing dengan kelajuan 100Mbps.

Pada harga RM25/bulan, pas bulanan ini menyediakan internet tanpa had berkelajuan 1Mbps, 15GB internet pantas serta 3GB hotspot.

Sementara pas kedua berharga RM39/bulan, didatangkan dengan internet tanpa had berkelajuan 3Mbps, 55GB internet pantas serta kuota hotspot 3GB.

CelcomDigi Prepaid 5G Unlimited – Edisi Biru

Kedua-dua pas bulanan ini menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih.

CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Kuning

Edisi Kuning juga menawarkan dua pas bulanan pada harga yang sama, iaitu RM25 dan RM39 sebulan. Bagaimanapun, ia tidak memberikan kuota internet tanpa had.

Sebaliknya, pas dalam pelan ini menyediakan kuota internet pantas sehingga 75GB dan 6GB hotspot berkelajuan 100Mbps serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih.

CelcomDigi Prepaid 5G High-Speed – Edisi Kuning

Promosi terhad

CelcomDigi menyediakan tawaran istimewa bagi pelanggan yang mendaftar atau menaik taraf dari 1 Mac hingga 30 Jun 2024.

  • Edisi Biru: pelanggan yang mendaftar untuk pas internet RM39 akan menikmati tambahan 10GB internet berkelajuan tinggi (5G/4G) dan 5x ganda lebih kuota hotspot.
  • Edisi Kuning: pelanggan yang mendaftar pas RM25 dan RM39 juga akan menikmati tambahan 10GB internet berkelajuan tinggi (5G/4G) dan 5x ganda lebih kuota hotspot.
  • Kedua-dua pelanggan Edisi Biru dan Edisi Kuning akan mendapat akses One-Time Pass hanya RM1 dengan internet tanpa had (5G/4G) untuk 1 jam.

Untuk butiran lanjut mengenai pelan Celcom Prepaid 5G, layari www.celcomdigi.com bermula 1 Mac 2024.

Sumber: Siaran Media CelcomDigi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY