Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 1 – U MOBILE X CELCOMDIGI

CelcomDigi, U Mobile Akan Kongsi Tapak Rangkaian 4G

Diterbitkan Februari 27, 2024 ยท Dikemas kini Februari 27, 2024 oleh Amalina Athman

U Mobile dan CelcomDigi menandatangani perjanjian untuk mengukuhkan lagi liputan rangkaian 4G LTE di Malaysia.

Di bawah kerjasama ini, kedua-dua syarikat telekomunikasi akan berkongsi sejumlah 100 tapak Rangkaian Teras Pelbagai Operator (MOCN) di seluruh negara – setiap syarikat komited kepada 50 tapak.

Berkaitan

  • Dapatkan Rebat Sehingga RM120 Dengan Pakej P-Hailing RAHMAH Dari 3 Pelan U Mobile Ini
  • Pengguna CelcomDigi Alami Isu Rangkaian Kerana Penggabungan - Menteri
  • CelcomDigi Untung Lebih 3 Kali Ganda, Kekuatan Isyarat Rangkaian Dan Kelajuan Muat Turun Meningkat

Dalam satu kenyataan, U Mobile berkata perkongsian tapak MOCN dengan CelcomDigi dapat meningkatkan pengalaman pengguna serta mengoptimumkan penggunaan spektrum dan kapasiti rangkaian.

Sementara CelcomDigi menyatakan pihaknya akan mendapat manfaat daripada operasi rangkaian yang cekap, membolehkannya melabur dalam bidang lain untuk meningkatkan pengalaman digital pengguna.

Dengan perkongsian tapak MOCN, ia juga dapat mengurangkan kos operasi seperti penggunaan, penyelenggaraan dan kos tenaga.

Secara berasingan, CelcomDigi, U Mobile dan ZTE turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mempamerkan keupayaan teknologi 5G Advanced (5G-A), kecerdasan buatan (AI) serta penyelesaian digital untuk penggunaan langsung.

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY