Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Kini Tawar Pas Perayauan Serendah RM10

CelcomDigi Kini Tawar Pas Perayauan Serendah RM10

Diterbitkan Oktober 9, 2026 oleh ariff bukhari

CelcomDigi kini memperkenalkan pas perayauan baharu yang lebih mampu milik dan mudah, bermula daripada serendah RM10 sahaja, bagi memastikan pelanggan kekal berhubung dengan lancar ketika melancong ke luar negara.

Pas ini ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar, dengan pilihan yang fleksibel mengikut bajet dan keperluan perjalanan masing-masing.

Antara manfaat utama termasuk tempahan awal sehingga 14 hari sebelum perjalanan, liputan di tiga negara utama iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand serta zon Asia dan Dunia.

Pelanggan turut menikmati perayauan 5G yang pantas dan sehingga 30 minit panggilan percuma di destinasi tertentu.

Bagi pelanggan prabayar, pas serendah RM10 ini menawarkan kuota data berkelajuan tinggi yang tetap, boleh mengawal perbelanjaan sambungan dengan memilih pas dan kuota yang sesuai mengikut keperluan serta bajet perjalanan, selain mempunyai kebebasan untuk membeli pas dan menambah data apabila diperlukan.

Sementara bagi pelanggan CelcomDigi Pascabayar, mereka boleh menikmati pengalaman perayauan tanpa had bermula dari RM30 dengan data 5G tanpa had.

Pelanggan CelcomDigi Pascabayar yang layak juga boleh menikmati manfaat tambahan seperti:

  • Penjimatan sehingga 50% untuk pas perayauan terpilih bagi pelanggan Postpaid 5G 120 dan ke atas
  • Pelan perayauan bulanan bermula dari RM20 sebulan dengan kontrak atau RM40 sebulan tanpa kontrak.

Pelanggan CelcomDigi boleh melanggan pas perayauan melalui aplikasi CelcomDigi > Roaming atau dengan mendail *800# ketika berada di luar negara.

Layari laman CelcomDigi Postpaid Roaming dan CelcomDigi Prepaid Roaming untuk info lebih lanjut.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Malaysia Perlukan 50,000 Jurutera Semikonduktor, Tapi Universiti Hanya Lahirkan 5,000 Sahaja Setahun - Laporan
  • Pengguna Starlink Di Malaysia Dilapor Dihadkan Kelajuan Selepas Guna 5TB Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY