Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[BM] Image

CelcomDigi Kini Tawar Pas Perayauan Haji Tanpa Had Selama 50 Hari

Diterbitkan April 6, 2026 · Dikemas kini April 6, 2026 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini menawarkan Pas Perayauan Haji Tanpa Had 50-hari, yang boleh diperolehi dalam tempoh terhad dari 1 April hingga 30 Jun 2026.

Pada harga RM148, pas ini menyediakan akses Internet 5G tanpa had dengan 150GB data berkelajuan tinggi, 30 minit panggilan suara antara Arab Saudi dan Malaysia serta perayauan percuma dalam penerbangan bagi pesawat terpilih yang dilengkapi dengan perkhidmatan AeroMobile.

Perkhidmatan ini disokong oleh pengendali rangkaian utama di Arab Saudi seperti Mobily, STC dan Zain.

 

Bagi pengguna sedia ada, pas ini boleh dibeli melalui aplikasi CelcomDigi dengan pergi ke bahagian Shop > Hajj. 

CelcomDigi Pas Haji 2026_3
CelcomDigi Pas Haji 2026_4

Selain itu, CelcomDigi turut menawarkan pendaftaran baharu dengan mendapatkan eSIM prabayar atau kad fizikal SIM yang didatangkan bersama Pas Perayauan Haji ini melalui dalam talian, CelcomDigi Store atau semasa sesi Kursus Perdana Haji anjuran Lembaga Tabung Haji di seluruh negara. Yuran RM5 akan dikenakan untuk pengaktifan SIM.

CelcomDigi Pas Haji 2026_1
CelcomDigi Pas Haji 2026_2

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CelcomDigi.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu
  • Aplikasi MyDigi, Celcom Life Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 April 2026
  • CelcomDigi Kini Tawar sooka Melalui StreamMORE, Percuma Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY