CelcomDigi hari ini memperkenalkan sooka sebagai tambahan terkini dalam portfolio penstriman StreamMORE, membolehkan pelanggan pascabayar dan prabayar mengakses platform itu menerusi CelcomDigi StreamMORE Add-ons.
Sebagai promosi pelancaran, pengguna yang melanggan pakej Sports & Entertainment sooka menerusi CelcomDigi StreamMORE antara 10 Mac hingga 31 Mei 2026 akan menikmati percubaan percuma selama sebulan, tertakluk kepada terma ‘siapa cepat dia dapat’.
Selain itu, setiap langganan melalui StreamMORE turut menawarkan tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi setiap bulan.
Bagi pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 60 dan ke atas, semua pakej boleh diperoleh menerusi Mega Add-On dengan kontrak 12 bulan. Pelanggan prabayar pula boleh memilih pakej SpeedSTREAM, yang menggabungkan akses sooka dengan Internet tanpa had, panggilan, dan hotspot pada bila-bila masa.
Pengguna boleh melanggan sooka menerusi aplikasi CelcomDigi, laman rasmi CelcomDigi, atau di mana-mana Kedai CelcomDigi atau pengedar dan rakan sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari cdlink.net/sooka.
{suggest}
