Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Huawei ZTE_MWC 2025

CelcomDigi Kerjasama Dengan Huawei, ZTE Untuk Integrasi AI Dalam Rangkaian Digital

Diterbitkan Mac 7, 2025 ยท Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh Amalina Athman

CelcomDigi baru-baru ini menandatangani dua Memorondum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia bagi memperkukuh rangkaian digital masa depan negara.

Melalui kerjasama ini, CelcomDigi akan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi sambungan generasi baharu untuk menyokong transformasi Malaysia ke arah masyarakat digital berasaskan 5G-AI.

Kerjasama dengan Huawei Malaysia memfokuskan kepada pembangunan rangkaian penumpuan mudah alih tetap (FMC) berasaskan AI. Ia merangkumi penyelesaian AI untuk automasi dan pengoptimuman rangkaian, Net5.5G bagi IP berprestasi tinggi, serta F5.5G untuk meningkatkan sambungan jalur lebar rumah dan perniagaan.

Sementara itu, CelcomDigi bekerjasama dengan ZTE Malaysia untuk mengintegrasikan AI dalam infrastruktur rangkaian telekomunikasi bagi meningkatkan ketersambungan, memperkasa perniagaan dan menyokong inisiatif digital negara.

Kerjasama ini merangkumi teknologi seperti New Calling untuk komunikasi pintar, Intelligent DPI bagi pengurusan trafik rangkaian lebih cekap, serta Intelligent Operations & Maintenance untuk pemantauan dan penyelenggaraan automatik menggunakan analitik AI.

CelcomDigi Huawei ZTE_MWC 2025

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, Sepanyol, dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching. Ia disempurnakan oleh Timbalan CEO CelcomDigi Albern Murty, CEO Huawei Malaysia Simon Sun serta Pengarah Urusan ZTE Malaysia Steven Ge.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di MWC 2025, Pamer Kemajuan 5G & Infrastruktur Digital
  • Kerjasama Arm, Malaysia - Ini Kesannya Terhadap Ekonomi Dan Rakyat Malaysia
  • U Mobile Dan Qualcomm Bekerjasama Percepat Transformasi Digital IoT Di Malaysia

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY