Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam ‘Baik’ Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang

Penggodam ‘Baik’ Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang

Diterbitkan Mac 22, 2024 ยท Dikemas kini Mac 22, 2024 oleh ariff bukhari

Penggodam beretika telah berjaya menemui eksploitasi dalam perisian Tesla serta dalam pelayar sesawang utama seperti Apple Safari, Google Chrome, dan Microsoft Edge.

Hasilnya, mereka berjaya memperoleh beribu-ribu dolar untuk setiap satu kejayaan itu menerusi hackathon “Pwn2Own” yang sedang berlangsung.

Sebagai contoh, grup keselamatan siber Synacktiv dapat mengeksploitasi unit kawalan elektronik (ECU) Tesla dengan serangan limpahan integer (angka bulat) tunggal, membolehkan mereka membawa pulang wang tunai USD200,000 dan sebuah kereta Tesla Model 3 baharu pada acara yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Seorang penggodam pula dikenali sebagai Manfred Paul telah berjaya melakukan serangan pelaksanaan kod jauh (RCE) pada pelayar Apple Safari sekaligus memenangi wang tunai USD60,000.

Malah dia juga berjaya mengeksploitasi ketik dua kali pada pelayar Google Chrome dan Microsoft Edge dan memenangi lagi tunai sebanyak USD42,500.

Sekali gus membolehkannya membawa pula wang kemenangan berjumlah USD102,500.

Penggodam ‘Baik’ Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang

Sementara itu, pasukan Penyelidikan Devcore telah dapat mencari dan menggunakan beberapa pepijat Windows 11 untuk melaksanakan serangan peningkatan keistimewaan (LPE) tempatan dan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak $30,000.

Aktiviti penggodaman dilihat sebagai satu kerjaya yang menguntungkan.

Penggodam ‘Baik’ Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
Penggodam bernama Seunghyun Lee (@0x10n) dari KAIST Hacking Lab dapat melaksanakan eksploitasi ke atas pelayar Google Chrome menggunakan pepijat UAF tunggal, memperoleh USD60,000 dan 6 mata ‘Master of Pwn’.

Pada tahun lepas sahaja, penggodam beretika yang menyertai program memburu pepijat oleh HackerOne telah dibayar lebih USD300 juta.

Tetapi penggodam jahat juga telah mengaut keuntungan yang diperoleh secara haram, di mana dilaporkan penjenayah siber ini telah mengaut lebih USD1 bilion sepanjang tahun lepas melalui serangan ransomware.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Zero Day Initiative

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY