Celcom Tawar Servis Sehingga Ke Pintu Rumah Untuk Golongan OKU

Selari dengan kehendak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mahukan perkhidmatan internet lebih baik untuk golongan kelainan upaya (OKU), Celcom kini tampil memperkenalkan Celcom Empower.



Melalui Celcom Empower ini, golongan kelainan upaya bakal menikmati perkhidmatan seperti kunjungan sehingga ke rumah untuk pendaftaran pelan melalui Celcom BlueCube berdekatan (jarak kurang dari 25KM). Untuk perkhidmatan ini, pengguna boleh menghubumgi Celcom menerusi;

  • Buat panggilan pada 1111 atau 0196011111

  • Media sosial

  • Isi borang di www.celcom.com.my


Selain daripada itu, pelanggan OKU juga akan diberikan keutamaan jika berurusan di Celcom BlueCube tanpa perlu beratur dan juga boleh menghantar wakil terdiri daripada keluarga mahupun rakan untuk urusan seperti pendaftaran baru (pascabayar sahaja), peralihan nombor mudah alih (MNP), penggantian kad SIM yang hilang, dan pertukaran dari prabayar kepada pascabayar.

Tidak dilupakan juga, Celcom turut memberikan rebat bulanan RM10 sepanjang hayat kepada golongan OKU bagi perkhidmatan pascabayar Celcom dan Xpax serta jalur lebar tetap, Home Wireless.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran Celcom ini, boleh layari laman Celcom.

Baca juga - Ini Senarai Harga Pakej Internet Bagi Golongan OKU