Pelan XP Lite ditawarkan pada harga RM28/bulanan. Melalui pelan ini, pengguna akan menerima data internet 1GB dengan kelajuan sehingga 75Mbps dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Untuk mendapatkan lebih internet, Celcom menawarkan dua pilihan pas iaitu pas M pada harga RM10/bulanan dan pas L dengan harga RM30/bulanan.
Dengan pas M (RM38/bulanan), pengguna akan menerima data internet bulanan sebanyak 7GB dan YouTube tanpa had yang disyorkan untuk tontonan SD. Sementara pas L (RM58/bulanan) akan mendapat data internet 15GB dan penstriman YouTube tanpa had dengan tontonan HD.
Jika melanggan pas tersebut selama 6 bulan berturut-turut, pengguna akan menerima pas internet satu jam setiap hari secara percuma bermula bulan ke-7.
Menurut Celcom, promosi ini hanya tersedia dalam tempoh yang terhad bermula 9 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Celcom XP Lite, layari pautan ini.
Berkaitan
- CyberSecurity Malaysia, Celcom Dan Huawei Bekerjasama Untuk Pembangunan 5G
- Qualcomm Umum Snapdragon Satellite Untuk Android, Tidak Hanya Terhad Untuk Kecemasan
- CelcomDigi Tawar 120GB 5G Booster Pada Harga RM8
- CelcomDigi Fibre Sedang Alami Gangguan Seluruh Negara
- Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199
- Pemegang Saham Axiata Lulus Cadangan Gabungan Celcom-Digi
- CelcomDigi, U Mobile Akan Kongsi Tapak Rangkaian 4G
- Lelaki Berjaya Diselamatkan Dengan Bantuan 'Emergency SOS via Satellite' Pada iPhone 14
- Sony Umum Xperia 1 II Dan Xperia Pro - Hadir Dengan Teknologi Kamera Alpha
- (Kemaskini)Celcom Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Rangkaian