Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom Digi akan bergabung

Pemegang Saham Axiata Lulus Cadangan Gabungan Celcom-Digi

Diterbitkan November 18, 2022 · Dikemas kini November 18, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Bernama, Lembaga Pengarah Axiata Group Bhd kini mengumumkan bahawa pemegang sahamnya telah meluluskan cadangan penggabungan operasi telekomunikasi Celcom dan Digi.

Menurut konglomerat telekomunikasi itu, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan yang berlangsung hari ini.

Berkaitan

  • MCMC Tidak Membantah, Penggabungan Celcom Dan Digi Diluluskan
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Luluskan Cadangan Penggabungan Digi-Celcom

Sebagai tambahan, keputusan EGM melalui undian itu juga telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia seperti yang dikehendaki oleh peraturan terpakai.

Axiata berkata dengan persetujuan pemegang saham, penggabungan itu hampir selesai, selepas mendapat kelulusan sebelum ini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY