Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Eemergency SOS via Satellite

Lelaki Berjaya Diselamatkan Dengan Bantuan ‘Emergency SOS via Satellite’ Pada iPhone 14

Diterbitkan Disember 2, 2022 · Dikemas kini Disember 2, 2022 oleh Amalina Athman

Dengan pelancaran iOS 16.1, Apple telah memperkenalkan ciri ‘Emergency SOS via Satellite’, yang membolehkan pemilik iPhone 14 menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan menggunakan sambungan satelit apabila tiada sambungan selular atau Wi-Fi yang tersedia.

Terbaharu, seorang lelaki yang terkandas di Alaska telah berjaya diselamatkan dengan bantuan ciri ‘Emergency Sos via Satellite’ ini.

Berkaitan

  • Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
  • Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14

Menurut laporan, pada 1 Disember sekitar jam 2.00 pagi waktu tempatan, Jabatan Keselamatan Awam, State Troopers Alaska telah dimaklumkan seorang lelaki dewasa yang menggunakan mesin salji dari Noorvik ke Kotzebue telah mengaktifkan ‘Emergency Sos via Satellite’ pada iPhonenya selepas terkandas.

Dengan kerjasama pasukan mencari dan menyelamat tempatan, Pusat Tindak Balas Kecemasan Apple, dan Penyelaras Mencari dan Menyelamat Northwest Arctic Borough (NWAB SAR), pihaknya telah mengerahkan empat pencari sukarela terus ke koordinat GPS yang disediakan oleh Pusat Tindak Balas Kecemasan Apple. Lelaki itu kemudiannya berjaya ditemui dan tiada kecederaan yang dilaporkan.

emergency sos via satelliet
Contoh ciri ‘Emergency Sos via Satellite’

Dinyatakan, kawasan tempat lelaki itu berada adalah terpencil dan di pinggir tempat sambungan satelit tersedia. Menurut Apple, sambungan satelit mungkin tidak tersedia di kawasan dengan latitud 62° ke atas, seperti kawasan utara di Kanada dan Alaska.

Ciri ‘Emergency Sos via Satellite’ tersedia utuk semua iPhone 14 dan boleh diaktifkan dalam situasi kecemasan di mana tiada sambungan Wi-Fi atau selular yang tersedia. Apple menawarkannya secara percuma selama dua tahun, namun masih belum memberikan butiran tentang kosnya pada masa hadapan.

Buat masa ini, ciri berkenaan hanya tersedia di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Ia dijangka akan diperluas ke Perancis, Jerman, Ireland dan UK tidak lama lagi. Pengembara antarabangsa yang melawat AS dan Kanada juga boleh menggunakan ciri ini, kecuali jika mereka membeli telefon di China, Hong Kong atau Macao kerana ia tidak ditawarkan pada model iPhone di pasaran berkenaan.

Gambar utama: Apple

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
©2026 WISER.MY