Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suka Hatinya Celcom Menawarkan Pelbagai Alternatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Akses Percuma?

(Kemaskini)Celcom Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Rangkaian

Diterbitkan November 5, 2020 · Dikemas kini November 5, 2020 oleh Amalina Athman

Kemaskini 2.10pm: Masalah perkhidmatan rangkaian Celcom telah dibaikpulih. Bagaimanapun, pihak teknikal Celcom masih memantau prestasi rangkaian berkenaan. Pengguna dinasihatkan untuk reboot semula peranti.

https://twitter.com/celcom/status/1324228889498030081?s=21

Artikel asal: Celcom hari ini mengesahkan perkhidmatan telekomunikasi syarikat itu sedang mengalami gangguan bagi rangkaian perkhidmatan. Perkara ini disahkan melalui ciapan balas akaun rasmi Celcom di Twitter.

https://twitter.com/Celcom/status/1324166151824236545

Melalui tinjauan di Twitter, gangguan tersebut melibatkan perkhidmatan termasuk akses data internet. Dalam pada itu, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa kecewa berkenaan isu tersebut. Tambahan pula, ada yang perlu menghadiri kelas dalam talian dan sebagainya.

Hi @Celcom, why i cannot open Google / YouTube and other thing but social media ok ja pun line. Please make your Internet access smoothly, i have to attend online classes and quiz today. Thank youu. pic.twitter.com/QEfiKp5Zrn

— 𝚏𝚛𝚑𝚗𝚊𝚊 (@frhnagotnochill) November 5, 2020

https://twitter.com/teho_san/status/1324158266604072960

Buat masa ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu menyatakan isu berkenaan sedang dibaik pulih oleh pihak teknikal Celcom. Belum diketahui bila ia akan pulih sepenuhnya.

Isu baik pulih perkhidmatan Celcom akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadi, adakah anda mengalami gangguan perkhidmatan yang sama? Tinggalkan komen anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY