Peranti ini mempunyai paparan skrin 4K HDR OLED dengan saiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9 yang menyokong teknologi Motion Blur Reduction. Bagi kamera, ia mempunyai tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan Zeiss.

Mark II turut menawarkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera mirrorless Alpha termasuk penjejakan mata pintar (intelligent eye tracking), penjejakan mata haiwan dan ciri burst dengan autofokus 20fps.
Mark II mempunyai paparan 21:9 Mobile Gaming dengan sokongan sambungan Dualshock 4 Wireless Controller. Bagi mengoptimakan lagi pengalaman permainan mudah alih, Mark II dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 5G serta Qualcomm Snapdragon Elite Gaming. Ia mempunyai 8GB RAM, 256GB storan dan dual-nano SIM serta menyokong micro-SD dengan tambahan sehingga 1TB storan.

Seterusnya, Mark II didatangkan dengan kapasiti bateri 4000mAh, pengecasan tanpa wayar Qi dan tiga varian warna iaitu hitam, putih dan ungu. Bagi menghasilkan audio yang lebih baik, Sony menawarkan 360 darjah audio dan pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos serta mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Turut diumumkan dalam acara tersebut adalah Xperia Pro dengan sokongan teknologi 5G mmWave. Peranti yang direka khusus untuk pengguna videografi profesional ini turut menyokong port HDMI terbina pada bahagian bawah peranti. Walau bagaimanapun, peranti ini masih dalam fasa pembangunan.
Bagi Xperia 1 II, ia akan mula ditawarkan sekitar Mac sehingga Jun tahun ini. Namun, tiada pengumuman rasmi mengenai penawaran harga bagi peranti ini.
Berkaitan
- Tarikh Baru Bagi Acara Pelancaran PlayStation 5 Dijadual Berlangsung Pada 11 Jun
- Kemaskini Chrome Dan Chrome OS Ditangguhkan Berikutan Covid-19
- Belum Keluar iPhone 15, Ura-Ura Kata iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi Face ID Bawah Skrin
- Rekaan S-Pen Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris, Mungkin Ditawarkan Sebagai Aksesori Tambahan
- OPPO Tawar Promosi Beli Telefon Percuma Jam Pintar Bernilai RM899
- Ini Mungkin Adalah Spesifikasi Utama Black Shark 4 Dan Black Shark 4 Pro
- Microsoft Sahkan 10,000 Pekerja Bakal Diberhentikan
- Adobe Melepaskan Kemaskini Terakhir Flash Player, Kandungan Akan Disekat Bermula Januari 2021
- Sertai Kaji Selidik Reaksi Terhadap Suntikan Vaksin COVID-19
- HMD Global Hidupkan Kembali Nokia 5310 XpressMusic