Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi 1212

CelcomDigi Tawar 120GB 5G Booster Pada Harga RM8

Diterbitkan Disember 11, 2023 · Dikemas kini Disember 11, 2023 oleh Amalina Athman

Sempena jualan 12.12, CelcomDigi kini membawakan tawaran menarik untuk pengguna pascabayar dan prabayar. Antaranya termasuk internet tambahan dengan 5G Booster pada harga RM8 untuk 120GB data.

Berkaitan

  • CelcomDigi Tawar Pelan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM80/bulan
  • CelcomDigi Tawar Internet Booster RM3/hari, Prabayar RM25/bulan

Dengan pas 5G Booster 120GB, ia tersedia pada harga RM8 untuk tempoh sah 4 hari. Tawaran ini terbuka kepada kedua-dua pengguna Celcom dan Digi sama ada prabayar atau pascabayar, yang boleh diakses melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

CelcomDigi 1212_1

Selain itu, CelcomDigi turut menawarkan potongan harga bagi pembelian iPad 10.9-inci (generasi ke-10, Wi-Fi 64GB) pada harga RM1,799, berbanding harga sebenar RM1,999 – untuk pelanggan CelcomDigi tanpa kontrak dan dengan pilihan Pelan Pembayaran Faedah 0%.

CGTM127_231106_12.12 Double Digit sales – CDOS offer_Digi-WIP

Sebagai tambahan, pengguna prabayar CelcomDigi juga boleh melanjutkan tempoh sah kredit selama 365 hari pada harga RM54, iaitu diskaun sebanyak 50% berbanding harga asal. Pembelian Prepaid Super Long Life boleh dibuat melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

Kesemua promosi berlangsung mulai 8 Disember hingga 14 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran yang tersedia, layari laman promosi Celcom atau Digi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY