Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
catl bateri

Pengeluar Bateri EV Terbesar Dunia Lancar Bateri Berketumpatan Hampir 2x Ganda Dari Tesla

Diterbitkan April 24, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia, CATL dari China telah melancarkan bateri dengan ketumpatan tenaga sehingga 500 Wh/kg.

Bateri terbaru yang diumumkan CATL itu sekaligus akan mempunyai hampir dua kali ganda ketumpatan tenaga sel bateri Tesla yang penarafannya adalah 272-296 Wh/kg  ketika ini yang dianggap sebagai sangat tinggi oleh piawaian semasa.

Pencapaian ini juga membenarkan apa yang dijangkakan oleh Elon Musk sebelum ini di mana pada tahun 2020 dahulu beliau pernah meramalkan teknologi ketumpatan tenaga bateri akan mencapai 400 Wh/kg.

400 Wh/kg *with* high cycle life, produced in volume (not just a lab) is not far. Probably 3 to 4 years.

— Elon Musk (@elonmusk) August 24, 2020

Pada tahun 2021 lalu, CATL telah melancarkan generasi pertama jenis bateri natrium-ion dengan ketumpatan tenaga 160 Wh/kg yang telah dilancarkan di Chery Automobile dalam pameran yang sama.

Pada tahun berikutnya, CATL melancarkan pula bateri Qilin dengan kecekapan integrasi tertinggi di dunia dan ia telah memulakan pengeluaran besar-besaran pada bulan Mac ini.

Bateri tersebut telah digunakan pada pelbagai BEV mewah seperti ZEEKR, AITO dan Li Auto.

catl bateri 2

Pada masa ini, CATL sedang bekerjasama dengan rakan kongsi dalam pembangunan pesawat penumpang elektrik dan juga akan melancarkan versi bateri berketumpatan tinggi gred automotif yang dijangka dimasukkan ke dalam pengeluaran besar-besaran dalam tahun ini.

Berkaitan

  • 'Doomscrolling' Boleh Mengganggu Kesihatan Otak - Kajian
  • Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik
  • Cepat Dapatkan 'Game' Yang Menangi Anugerah BAFTA Ini Secara Percuma Sekarang

Sumber: CATL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY