Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Casetify Siasat Dakwaan ‘Copy Paste’ Rekaan Dbrand

Casetify Siasat Dakwaan ‘Copy Paste’ Rekaan Dbrand

Diterbitkan November 25, 2023 · Dikemas kini November 25, 2023 oleh Amalina Athman

Pengeluar aksesori telefon, Dbrand dan Zack Nelson (JerryRigEverything) telah memfailkan tuntutan saman kepada Casetify, susulan dakwaan ‘menyalin’ rekaannya.

Terbaharu, Casetify telah memberikan kenyataan balas berhubung tuntutan tersebut, sambil mengatakan syarikat itu sentiasa menjadi “bastion of originality”. 

Berkaitan

  • Sarung Pelindung Telefon Pintar Ini "Pinjam" Rekaan Nothing Phone
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • JerryRigEverything, Dbrand Saman Casetify Atas Dakwaan 'Copy' Sejumlah Rekaan

Melalui platform X, Casetify menjelaskan ia sedang menyiasat “dakwaan” hak cipta terhadap mereka. Pihaknya juga telah mengalih keluar dan menghentikan jualan sarung pelindung yang berkaitan di semua platform.

pic.twitter.com/dNW4zuOvMT

— CASETiFY (@Casetify) November 24, 2023

Selain itu, Casetify memaklumkan sedang menyiasat serangan DDOS di laman web yang berlaku “sepanjang dakwaan itu muncul”. Bagaimanapun, syarikat itu berkata maklumat pengguna adalah selamat dan laman web kembali dalam talian.

Secara ringkas, Dbrand dan Nelson mendakwa Casetify secara terang-terangan menyalin tema edisi “Teardown” pada sarung pelindung yang dijualnya. Tidak hanya Dbrand, Casetify didakwa turut mencuri beberapa rekaan lain, termasuk X-ray dalaman telefon yang dilakukan oleh iFixit. 

Dear @Casetify, using stolen X-rays of phone internals doesn't make you a tech genius; it makes you a copycat. How about investing some of those "cutting-edge" profits into supporting Right to Repair or wheelchair advocacy? Or is that too original for you? https://t.co/q4RiteEKbf

— iFixit (@iFixit) November 24, 2023

Daripada beberapa bukti yang ditunjukkan, ia jelas memperlihat Casetify hanya salin dan tampal dengan sedikit atau tiada pengubahsuaian pada rekaan asal.

Namun, dengan mengatakan Casetify sentiasa menjadi tempat yang menyokong atau mempertahan keaslian, tidak diketahui justifikasi yang akan diberikan kelak – bagi membuktikan tiada pelanggaran hak cipta yang dilakukan oleh syarikat itu.

Sumber: Casetify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY