Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dbrand case skins

Sarung Pelindung Telefon Pintar Ini “Pinjam” Rekaan Nothing Phone

Diterbitkan Julai 18, 2022 · Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Bagi anda yang berminat dengan rekaan telefon pintar Nothing Phone (1) tetapi tidak mahu menukar telefon yang digunakan sekarang, anda boleh sahaja membeli sarung pelindung yang menyerupai telefon pintar tersebut.

Dikeluarkan oleh syarikat aksesori peranti pintar Dbrand, rekaan sarung pelindung telefon pintar dinamakan sebagai ‘Something’ ini “meminjam” rekaan Nothing Phone (1).

we made something from @nothing. pic.twitter.com/zDJ9H0Tv0j

— dbrand (@dbrand) July 15, 2022

Dalam laman sesawang mereka, Dbrand menyatakan mungkin ada yang menuduh mereke mencuri rekaan Nothing Phone (1).

Tetapi mereka menyanggah tuduhan yang dibuat itu kerana pihak mereka mengambil masa yang lama menghasilkan rekaan sarung pelindung tersebut.

Malah Dbrand menegaskan bahawa mereka tidak mencuri tetapi hanya plagiat dan ia bukan satu kesalahan jenayah.

Ditawarkan dalam 2 kategori iaitu Skins dan Case, buat masa ini Something hanya tersedia untuk model telefon pitar Apple iPhone 13 Pro Max, Google Pixel 6 Pro dan Samsung Galaxy S22 Ultra sahaja.

Something Skins dijual pada harga USD24.95 (~RM110.00) dan Something Case pula berharga dari USD49.90 (~RM221.00).

Untuk makluman semua, telefon pintar sulung keluaran Nothing Phone (1) untuk pasaran Malaysia bakal dilancarkan pada 20 Julai 2022 nanti.

Sumber: dbrand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY