Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dbrand casetify

JerryRigEverything, Dbrand Saman Casetify Atas Dakwaan ‘Copy’ Sejumlah Rekaan

Diterbitkan November 24, 2023 · Dikemas kini November 24, 2023 oleh Amalina Athman

Dbrand, sebuah syarikat yang menawarkan aksesori peranti termasuk skin, sarung pelindung – telah menyaman jenama sarung pelindung terkenal Casetify kerana didakwa ‘menyalin’ rekaan edisi istimewa “Teardown”.

Berkaitan

  • Sarung Pelindung Telefon Pintar Ini "Pinjam" Rekaan Nothing Phone
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Dbrand pertama kali memperkenal rekaan Teardown pada 2019 dalam kerjasama dengan Zack “JerryRigEverything”. Dengan rekaan Teardown, ia menjadikan peranti kelihatan seolah-olah lutsinar dengan komponen dalaman – realitinya hanya dipasang pelekat skin atau sarung pelindung.

Dalam laporan The Verge, Dbrand menyaman Casetify atas dakwaan bahawa ia secara terang-terangan meniru atau lebih tepat menyalin rekaan skin dalam edisi Teardown itu. 

dbrand casetify_
Kiri Inside Out Casetify, Kanan Teardown Dbrand

Terdapat beberapa bukti kukuh yang menyokong dakwaan Dbrand. Melalui platform X, Dbrand mendedahkan beberapa petunjuk ‘Easter egg‘ dalam rekaannya yang terdapat pada produk Casetify.

Antaranya termasuk digit “11 11 11”, yang merujuk tarikh penubuhan Dbrand pada 11 November 2011. Contoh lain, penemuan frasa “Glass is glass and glass breaks” serta “R0807” pada produk Inside Out Casetify.

Exhibit B: The digits “11 11 11”.

This is a reference to our founding date, November 11th, 2011. This date does not exist on the ribbon cable of any smartphone, yet somehow appears on @Casetify’s products. (3/6) pic.twitter.com/tfQsdGj4TM

— dbrand (@dbrand) November 23, 2023

Setelah meneliti imej sarung pelindung di laman web Casetify dan mengarahkan beberapa individu untuk mengesahkannya, Dbrand mendapati Casetify dipercayai telah meniru sejumlah 117 rekaan berbeza. Dbrand berkata ia memegang hak cipta berdaftar untuk setiap produk ini, yang semuanya telah didaftarkan sebelum pelancaran produk Casetify.

Lanjutan itu, Dbrand mengenakan tuntutan undang-undang persekutuan di mahkamah Kanada, dengan menuntut nilai ganti rugi sebanyak lapan angka.

Tahun lalu, Dbrand didakwa mencuri rekaan Nothing Phone. Syarikat itu kemudian menafikannya – dengan mengatakan mereka tidak mencuri dan hanya plagiat, di mana ia bukan satu kesalahan jenayah.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY