Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple CarPlay Akan Sokong Tonton Video, Tapi Ada Syarat

Apple CarPlay Akan Sokong Tonton Video, Tapi Ada Syarat

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple CarPlay boleh diibaratkan iPhone yang disesuaikan di dalam kenderaan. Namun, ada kekurangannya sedikit di mana ia tidak menyokong tontonan video.

Bagaimanapun, Apple menerusi laman rasmi pembangun menyatakan bahawa pengguna iPhone tidak lama lagi boleh menonton video terus di skrin CarPlay dalam kenderaan yang menyokong ciri tersebut.

Melalui AirPlay, video dari iPhone boleh distrim secara wayarles ke paparan CarPlay.

Screenshot 2025-06-23 at 4.21.16 PM

Pun begitu, ada syaratnya di mana ia hanya berfungsi apabila kenderaan diparkir, sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan gangguan semasa memandu. iPhone akan secara automatik mengesan pergerakan kenderaan dan menghentikan tontonan jika diperlukan.

Apple menyatakan bahawa pengeluar kenderaan perlu mengaktifkan sokongan AirPlay dalam CarPlay, jadi ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat.

Ia dijangka tersedia untuk CarPlay biasa dan CarPlay Ultra, tetapi belum pasti sama ada ia akan disokong oleh model sedia ada atau hanya kenderaan baharu.

Berkaitan

  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple
  • AI Boleh Berfikir Macam Manusia? Kajian Apple Dedahkan Realiti Sebenar
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY