Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

Diterbitkan November 1, 2017 oleh Tips Gajet

Masalah sambungan internet yang sering terputus pada peranti Pintar sangat kerap terjadi. Perkara ini adalah normal terutamanya kepada sambungan internet Mudah alih, terutamanya penggunaan di dalam rumah ataupun bangunan.

Oleh itu, jangan panik sekiranya sambungan internet telefon pintar anda tiba-tiba putus. Berikut kami kongsikan beberapa kaedah yang boleh dicuba untuk memulihkan sambungan data yang bermasalah.

1.Semak Data Plan limit

Bagi peranti pintar yg sudah ditetapkan had penggunaan data, akan menyekat sambungan internet sekiranya penggunaan telah melebihi had yang di tetapkan. Oleh itu pastikan anda mematikan data plan limit yang terdapat pada Settings > Data Usage.

Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

2.Restart Akses Data

Masuk ke menu berikut kemudian matikan fungsi data selama beberapa saat dan hidupkannya kembali. Kaedah ini akan menyebabkan sambungan data anda di “Refresh” dan sambungan akan kembali pulih.

Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

3.Reset APN

Selain restart akses jaringan selular, anda juga boleh mengatasi masalah internet yang tiba-tiba putus dengan melakukan reset APN. Untuk melakukan reset APN anda hanya perlu masuk ke Settings > Mobile Networks > Access Point Name, kemudian tap pada bagian kanan atas layar untuk melakukan reset APN.

Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

4.Masuk ke mod Airplane 

Kaedah seterusnya yang boleh dicuba ialah dengan memasukkan peranti ke mod Airplane untuk beberapa saat, sama seperti cara ke 2, yang mana kaedah ini bertindak sebagai “System Refresh” sekaligus dapat memulihkan sambungan data yang bermasalah.

Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

5.Factory Reset

Walaupun kedengaran agak ekstrim, namun cara ini boleh dicuba. Terdapat juga keadaan yang mana peranti yang sudah dijangkiti Malware ataupun virus yang mengganggu sambungan inernet peranti. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan Factory Reset yang terdapat pada menu Setting.

Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, diharap dapat membantu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY