Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara untuk Mencegah Telefon Pintar Anda Di Curi

Cara untuk Mencegah Telefon Pintar Anda Di Curi

Diterbitkan November 4, 2017 oleh Tips Gajet

Kepada Anda yang Selalu menaiki pengangkutan awam seperti bas ataupun tren pastikan sentiasa berwaspada dengan kehadiran penyeluk saku. Apatah lagi sekiranya peranti pintar anda yang menjadi sasaran, maklumlah harganya pun mahal tidak kurang daripada ribuan ringgit.

Sebagai tambahan kepada langkah pencegahan, kami cadangkan anda menggunakan aplikasi Pocket Sense yang boleh di muat turun daripada Playstore.

Cara menggunakannya sangat mudah, selepas siap di pasang pastikan anda mengaktifkan ketiga-tiga menu berikut mengikut kesesuaian kaadaan dan tempat.

Cara untuk Mencegah Telefon Pintar Anda Di Curi

Berikut sedikit penerangan tentang mod yang ada pada aplikasi ini.

Pocket Sense Mode

Dengan mod ini bunyi pengera akan dibunyikan sekiranya peranti anda di keluarkan daripada poket. Sangat sesuai diaktifkan ketika berada di khalayak ramai seperti didalam bas ataupun tren.

Cara untuk Mencegah Telefon Pintar Anda Di Curi

 

Charge Sense Mode

Dengan kaedah ini bunyi penggera akan berbunyi sekiranya peranti anda datanggalkan daripada kabel pengecas, bermakna anda akan sedar sekiranya ada orang yang cuba mengambil telefon anda. Sesuai diaktifkan ketika peranti anda sedang dicas pada tempat awam yang mana anda berada pada jarak yang agak jauh daripada peranti tersebut.

Cara untuk Mencegah Telefon Pintar Anda Di Curi

 

Motion Sense Mode

Sekiranya telefon pintar anda dialih kedudukannya maka penggera akan berbunyi, mod ini sangat sesuai diaktifkan ketika anda sedang sibuk membuat kerja di meja dan sebagainya.

Cara untuk Mencegah Telefon Pintar Anda Di Curi

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami, terdapat beberapa lagi tetapan yang ada pada aplikasi ini yang boleh anda cuba. Semoga beermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress