Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
makanan halal k garden

Semak Status Halal Kedai Dan Produk Melalui Verify Halal

Diterbitkan Jun 28, 2023 ยท Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam era pempengaruh menjadi dewa masyarakat dan ‘berkuasa’ menaikkan nama kedai makan dan sebagainya, soalan yang tidak dapat dielakkan ialah “Halal ke?”

Tahukah anda, semakan halal boleh dilakukan melalui aplikasi Verify Halal?

verify halal

Ia membolehkan anda semak status halal produk dengan mengimbas kod bar (barcode) pada bungkusan makanan.

Selain itu, anda boleh semak status halal:

  • Nama produk
  • Jenama
  • Bahan
  • Syarikat
  • Premis
  • Restoran

dan beberapa kategori lain lagi. Anda juga boleh semak status halal produk dari negara lain.

Kalau tak mahu muat turun aplkasi, boleh juga semaknya di laman web https://www.verifyhalal.com/.

cara semak halal 2023 verify

Misalnya, saya temui Starbucks di Amanjaya, Sungai Petani mendapat pengesahan halal daripada JAKIM sehingga Julai 2024.

Walaupun saya tidak pernah menjejakkan kaki di daerah itu, namun legalah juga hati mengetahui pelancong dan anak muda Sungai Petani boleh menikmati air Starbucks yang halal tanpa syak wasangka lagi.

cara semak status halal kedai
cara semak status halal kedai
cara semak status halal kedai

Ciri ini sangat membantu kerana kita lebih sukar mengetahui status halal restoran berbanding produk yang sudah dijual di pasar raya kerana logo halalnya tertera pada bungkusan.

  • Muat turun dari Apple App Store di SINI
  • Muat turun dari Google Play Store di SINI

Antara ciri lain tersedia ialah waktu solat, carian lokasi masjid, kalendar hijrah dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Ragu-Ragu Dengan Status Halal Produk? Boleh Semak Guna "Verify Halal"
  • JAKIM Lancarkan Aplikasi Untuk Bantu Golongan LGBT Berhijrah
  • Dianggap Langgar Garis Panduan, Google Buang Aplikasi 'Hijrah Diri' JAKIM Dari Play Store
  • Mufti WP: Hukum Menjadikan Kriptowang Sebagai Mas Kahwin
  • Mufti WP: Hukum Bermain Telefon Dan Menjawab Panggilan Ketika Khutbah Jumaat
  • Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'
  • Hukum 'Cash-Out' eBeliaRahmah Ke Akaun Bank

Kami sebenarnya pernah berkongsi tentang aplikasi ini pada tahun 2017 dulu. Sesuai dengan peredaran masa, antara mukanya juga berubah dan kini ia turut ditambah dengan pelbagai ciri baharu.

JAKIM pernah melancarkan aplikasi SmartHalal untuk memudahkan umat Islam di Malaysia mendapat kesahihan status halal satu-satu produk namun semakan kami mendapati ia tidak lagi wujud.

Gambar utama: K Garden

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY