Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dianggap Langgar Garis Panduan, Google Buang Aplikasi ‘Hijrah Diri’ JAKIM Dari Play Store

Dianggap Langgar Garis Panduan, Google Buang Aplikasi ‘Hijrah Diri’ JAKIM Dari Play Store

Diterbitkan Mac 18, 2022 ยท Dikemas kini Mac 18, 2022 oleh Anis Maisarah

Aplikasi ‘Hijrah Diri’ yang dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 9 Mac 2022 dilaporkan telah dikeluarkan daripada Google Play Store. Kontroversi yang melanda aplikasi tersebut disebabkan oleh perasaan tidak puas hati beberapa pihak sehingga mendapat perhatian Google.

Menurut pihak Google, aplikasi tersebut telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka. Aplikasi ‘Hijrah Diri’ dianggap cuba menipu pengguna dan memperdaya tingkah laku tidak jujur. Oleh sebab itu, mereka telah bertindak mengeluarkan aplikasi tersebut daripada Google Play Store.

Dianggap Langgar Garis Panduan, Google Buang Aplikasi ‘Hijrah Diri’ JAKIM Dari Play Store

Selain aplikasi ini, terdapat juga aplikasi yang menerima nasib yang sama seperti aplikasi ‘Hijrah Diri’ yang digelar Living Hope Ministries. Google telah mengeluarkan aplikasi tersebut pada tahun 2019 kerana dianggap melanggar garis panduan Google.

Kerajaan Malaysia menentang golongan LGBT+ kerana bertentangan dengan agama, moral, undang-undang Sivil dan Syariah serta bertentangan dengan budaya Malaysia. Komuniti LGBT+ menganggap Malaysia mendiskriminasi golongan tersebut kerana menentang hubungan sejenis, bahkan mempunyai akta undang-undang khas untuk larangan tersebut.

Aplikasi ‘Hijrah Diri’ ini bertujuan untuk membantu golongan LGBT+ untuk kembali kepada fitrah asal manusia. Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat mengakses bahan seperti al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih, tazkirah berbentuk audio dan kertas kerja menurut perspektif islam tentang isu LGBT+. Mereka juga menawarkan e-book tentang pengalaman sebenar seorang gay yang bertaubat pada bulan Ramadan. Malangnya kini, aplikasi tersebut telah dikeluarkan daripada Google Play Store.

Sumber : JAKIM

Baca juga :

  • JAKIM Lancarkan Aplikasi Untuk Bantu Golongan LGBT Berhijrah
  • Jakim Rujuk SKMM Isu Pelakon Tak ‘Sedar’ Berlakon Dalam Drama Gay
  • Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY