Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JAKIM LGBT

JAKIM Lancarkan Aplikasi Untuk Bantu Golongan LGBT Berhijrah

Diterbitkan Mac 10, 2022 · Dikemas kini Mac 10, 2022 oleh Nadiah Ab

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan satu inisiatif dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.

Inisiatif yang dilakukan ini merupakan penubuhan satu aplikasi yang dinamakan “Hijrah Diri – Homoseksualiti”.

Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk bantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.

Buat masa ini hanya ada di Google Play Store.

Untuk muat turun, sil klik pautan di https://t.co/VjGJ7fsfIV pic.twitter.com/KJ7koDZ2M4

— JAKIM (@MyJAKIM) March 9, 2022

Menurut JAKIM, aplikasi ini menawarkan e-book yang membawa pengalaman sebenar dari seorang gay yang berhijrah meninggalkan perlakuan homoseksual pada bulan Ramadan.

Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya ditawarkan di Google Play Store sahaja. Bagi pengguna selain android, boleh klik di sini untuk muat turun e-book dari Hijrah Diri.

Untuk yang beragama Islam, kita sedia tahu tentang hukum homoseksual dan wajib untuk kita menjauhinya. Namun, jika kita menjumpai atau mengenali sesiapa yang sedemikian, janganlah kita mendiskriminasi mereka. Haruslah kita bimbing dan bantu mereka dengan cara yang betul.

Sekalung penghargaan buat JAKIM atas usaha untuk membantu golongan LGBT ini. Semoga ini dapat menjadi asbab kebaikan dan pengajaran buat kita semua.

Sumber: JAKIM

Baca juga:

  • Jakim Rujuk SKMM Isu Pelakon Tak ‘Sedar’ Berlakon Dalam Drama Gay
  • Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’
  • Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY