Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mas kahwin kripto

Mufti WP: Hukum Menjadikan Kriptowang Sebagai Mas Kahwin

Diterbitkan Julai 1, 2022 · Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Di mana-mana ceruk alam maya sekarang, semua petah bercakap tentang mata wang kripto. Bitcoin, Luno, Luna, Ethreum dan pelbagai nama lain lagi menjadi frasa wajib menandakan kehandalan masing-masing.

Ia sudah menjadi perkara lazim mainstream dan diangkat tinggi sehinggakan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerima soalan “Adakah boleh kita menggunakan duit Crypto Coins sebagai mas kahwin?” pada Ogos lalu.

Menurut mufti, ia dibolehkan dan hukumnya sah.

Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini masih belum mengiktirafnya (ketika mufti menjawab).

Akan tetapi, ia dibolehkan menjadi mas kahwin kerana dalam konteks semasa Malaysia wang kripto dianggap sebagai barang komoditi yang boleh diperdagangkan dan dijadikan sebagai aset, terang mufti.

Mac lalu, Timbalan Menteri K-KOM, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam Parlimen berkata pihaknya mahu mendaftarkan mata wang kripto supaya ia sah di sisi undang-undang kerana ia merupakan perniagaan dan program kewangan masa depan, terutama buat anak muda.

Namun, ia tertakluk di bawah kuasa BDM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Dalam bulan sama juga, Kementerian Kewangan menurut penyata rasmi (hansard) Parlimen menegaskan bahawa mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di Malaysia dan ia bukan satu bentuk instrumen pembayaran yang dikawal selia BNM.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Parlimen, Parlimen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY