Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2017-05-28 at 2.59.48 PM

Ragu-Ragu Dengan Status Halal Produk? Boleh Semak Guna “Verify Halal”

Diterbitkan Mei 28, 2017 · Dikemas kini Ogos 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Salah satu tuntutan dalam agama Islam adalah mencari makanan/barangan yang halal.

Sudah banyak kali kita mendengar tentang penyalahgunaan logo Halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memasarkan produk mereka.

Oleh hal yang demikian Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah bekerjasama dengan Serunai Commerce Sdn Bhd dalam membangunkan aplikasi telefon pintar dipanggil sebagai Verify Halal.

Verify Halal merupakan aplikasi telefon pintar yang

  • memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk

  • proses semakan secara pantas

  • semak melalui kod bar yang diimbas melalui telefon pintar

Dengan adanya aplikasi ini, salah guna logo halal akan dapat dibendung dengan lebih meluas dan pantas.

Menurut syarikat pembangun aplikasi , Serunai Commerce, Verify Halal sangat mudah digunakan.

Pengguna hanya perlu imbas kod bar yang tertera pada produk, dan aplikasi akan mengesahkan sama ada produk itu halal atapun tidak.

CEO syarika, Amnah Shaari, turut menyatakan, Verify Halal mempunyai pangkalan data untuk lebih dari 6000 produk keluaran syarikat tempatan dan juga 60 badan pensijilan global yang lain.

Bagi syarikat yang ingin disenaraikan didalam aplikasi ini, mereka dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM500.

Buat masa sekarang, Verify Halal hanya ditawarkan kepada pengguna Android sahaja, dan bagi pengguna iOS anda perlu menunggu sedikit masa sahaja lagi.

Muat turun Verify Halal>>Android atau iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY