Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUKUM CASH OUT eBeliaRahmah TNG

Hukum ‘Cash-Out’ eBeliaRahmah Ke Akaun Bank

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, kerajaan telah membuka pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah bagi belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Tuntutan kredit RM200 boleh dilakukan melalui tiga platform e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet, Setel atau Boost dan ia hanya boleh dibelanjakan untuk transaksi secara offline/fizikal sahaja.

Bagaimanapun, ada yang memilih untuk cash-out eBeliaRahmah ke akaun bank sendiri melalui perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa individu tertentu.

Berkaitan

  • Permohonan eBeliaRahmah Dibuka Mulai 26 Jun, Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Mohon Kredit RM200 eBeliaRahmah Melalui TNG eWallet
  • eBeliaRahmah: Perbandingan Ganjaran TNG eWallet, Boost Dan Setel

Persoalannya, adakah ia dibenarkan dari segi hukum? Bagi menjawab isu berkenaan, mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberikan penjelasan.

Hukum cash-out eBeliaRahmah

Dr Zulkifli mengatakan perbuatan cash-out atau memindahkan kredit RM200 eBeliaRahmah ke akaun bank adalah haram kerana ia telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, wang pemberian yang diberikan oleh sesebuah pihak, sekiranya diikat dengan syarat-syarat perjanjian tertentu, ia wajib dipatuhi dan tidak boleh bertindak sesuka hati menggunakannya.

Lanjutan itu, semua individu yang menerima eBeliaRahmah dinasihatkan supaya berpegang dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sumber: Maktabah Al-Bakri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY