Cara Navigasi Google Maps Tanpa Sambungan Internet

Mencari sesuatu lokasi di zaman serba canggih lebih mudah dengan adanya aplikasi navigasi.

Tetapi ia boleh menjadi sukar disebabkan tiadanya sambungan internet, sama ada anda kehabisan data, ataupun kawasan terbabit tidak mempunyai isyarat yang stabil.

Google Maps merupakan salah satu aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna tempatan.

Bagi anda yang tidak tahu, aplikasi ini mempunyai ciri navigasi yang mampu beroperasi tanpa memerlukan sambungan internet.

Caranya adalah dengan memuat turun terlebih dahulu peta laluan ke lokasi yang anda ingin pergi.

Langkah yang pertama sudah pasti memerlukan internet bagi memuat turun peta laluan ke dalam telefon pintar.

  • Buka aplikasi Google Maps

  • Pastikan anda bersambung dengan internet, sebaiknya WiFi kerana kemungkinan peta yang bakal dimuat turun itu bersaiz besar.

  • Buat carian nama tempat yang ingin dituju. Seperti contoh "Kuala Kangsar"

  • Setelah itu tekan pada nama lokasi berkenaan.

  • Tekan muat turun dan tunggu sehingga peta laluan anda siap dimuat turun.




 



 

Selain daripada itu, anda juga boleh memuat turun peta laluan bagi kawasan yang lebih besar. Anda boleh ikuti langkah bergambar dibawah.

Kapsyen: Tekan simbol 3 baris bertindih


Kapsyen: Pada senarai menu, tekan "Offline Areas"


 

Kapsyen: Tekan Select Your Own Area


 

Kapsyen: Di bahagian ini, anda bebas zoom in dan zoom out dan pilihlah sebesar mana kawasan yang anda mahu muat turun.


Langkah ini juga amat sesuai bagi anda yang kerap mengembara keluar negara dimana anda mungkin sukar untuk mendapatkan sambung internet.

Sumber: Google Maps