Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_PCMAg

Cara Pasang Semula Aplikasi Android Secara Berkumpulan Atau Buang Secara Kekal

Diterbitkan Mac 26, 2026 · Dikemas kini Mac 26, 2026 oleh ariff bukhari

Telefon pintar Android membolehkan pengguna memasang dan membuang aplikasi dengan mudah.

Namun, ada kalanya kita mahu memasang semula beberapa aplikasi sekaligus atau memastikan aplikasi yang dibuang benar-benar dipadam secara kekal tanpa meninggalkan sisa.

Google Play ada menyimpan sejarah aplikasi yang pernah dimuat turun untuk memudahkan pengguna mengakses semula dan memilih aplikasi yang ingin dipasang semula ke dalam peranti.

Jadi, berikut cara untuk pasang semula aplikasi Android secara berkumpulan dengan serentak:

1. Buka Google Play Store di peranti dan tekan ikon profail anda, pilih Manage apps and device.

WhatsApp Image 2026-03-26 at 16.01.04

2. Kemudian, pilih tab Manage dan dalam kotak pilihan This device, tukarkannya kepada Not installed.

WhatsApp Image 2026-03-26 at 16.05.47
WhatsApp Image 2026-03-26 at 16.06.17

3. Di sini, anda akan dapat lihat kesemua aplikasi yang pernah dipasang tapi sudah dibuang dari peranti.

Tandakan beberapa aplikasi sekaligus dan tekan ikon Install seperti rajah di bawah.

WhatsApp Image 2026-03-26 at 16.27.30

Melalui cara ini, semua aplikasi tersebut akan dipasang semula secara berkumpulan dengan  serentak tanpa perlu anda mencarinya satu per satu.

4. Atau, jika anda ingin membuang aplikasi terus dari peranti, anda tekan ikon Remove.

WhatsApp Image 2026-03-26 at 16.27.55

Dengan memanfaatkan fungsi Google Play Store dan ciri terbinanya, anda boleh memasang semula aplikasi dengan mudah atau memastikan ia dipadam secara kekal.

Berkaitan

  • Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh
  • Pengguna Android Disyor Matikan 3 Tetapan Ini Untuk Hayat Bateri Dan Privasi
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY