Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook

Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook

Diterbitkan Oktober 16, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 16, 2018 oleh Haikel Areff

Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi “3D Photo” pada aplikasi mudah alih mereka. Bagi menerima fungsi ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Facebook ke versi 193.0 terlebih dahulu. Pengguna iPhone dengan dwi-lensa telah menerima kemaskini ini, sementara bagi Android pula sedang disediakan secara berperingkat.

Selesai kemaskini? Jom, kami ajarkan cara macam mana nak hasilkan gambar 3D ni.

1. Tangkap gambar dengan fungsi Portrait melalui kamera peranti anda(boleh menggunakan kamera pada Facebook juga).

Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook
Dalam contoh ini, kami memilih gambar potrait sedia ada di dalam peranti

2. Buka aplikasi FB, dan klik pada “Create Post” dan pilih 3D Photo

Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook

3. Pilih gambar(seperti imej di langkah 1) yang ingin dikirim dan tambah kapsyen. Selesai

Facebook sebelum ini hanya menyediakan fungsi untuk peranti iPhone, tetapi berjanji akan membawa fungsi berkenaan ke lebih banyak peranti dalam masa terdekat.

Mudah bukan? Selamat mencuba !

Anda juga boleh tonton video tutorial di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=5vpsYLv_3GU&feature=youtu.be

Sumber : Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY