Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone storage

Cara Kurangkan Kegelisahan Tentang Storan iPhone Yang Dah Berkurang

Diterbitkan Jun 10, 2022 oleh Nadiah Ab

Antara yang menjadi kegelisahan pengguna iPhone tentunya masalah storan yang semakin berkurang.

Terutamanya apabila iPhone masih belum sampai setahun digunakan, storan sudah hampir penuh.

Oleh itu, berikut saya kongsikan cara mudah untuk menambah semula storan iPhone supaya dapat mengurangkan kegelisahan dalam diri anda.

Cara tambah balik storan iPhone

Langkah 1: Pergi ke Settings>General>iPhone Storage. Di sini anda boleh ketahui aplikasi mana yang mengambil paling banyak storan telefon.

Cara Kurangkan Kegelisahan Tentang Storan iPhone Yang Dah Berkurang

Pilihan langkah 2:

  • Jika WhatsApp mengambil paling banyak storan dalaman, anda hanya perlu ke aplikasi itu sendiri untuk buang mana-mana gambar atau video yang tidak diperlukan.
  • Sekiranya media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, atau TikTok, anda boleh uninstall dan install semula aplikasi untuk dapatkan semula storan yang berkurang.
  • Jika anda takut untuk uninstall, anda juga boleh klik pada ‘Offload Apps’, yang memudahkan anda untuk membuang aplikasi yang jarang digunakan tapi data aplikasi masih disimpan.

iphone storage

  • Anda juga boleh pilih sendiri aplikasi yang jarang digunakan dan klik pada ‘Offload App’ untuk offload secara manual.

storan iphone

Biasanya langkah-langkah ini dapat mengembalikan sehingga 5GB atau lebih lagi storan dalaman peranti.

Semoga bermanfaat!

Baca juga:

  • Reka ‘Spotify Pie Chart’ Untuk Tahu Citarasa Muzik, Ini Caranya
  • Cara Padam Akaun Instagram Buat Selama-Lamanya, Jangan Buat Kalau Tak Nak Menyesal
  • Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY