Media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian besar dalam mekanisme pergaulan manusia akhir zaman ini.
Cipta akaun memang mudah, tapi untuk menyahaktifkan atau padam terus, agak tersembunyi kaedahnya.
Kali ini kami kongsikan cara untuk padam akaun Instagram secara kekal, buat selama-lamanya tanpa peluang untuk pulihkannya semula.
Ini amaran kami, jangan lakukan jika anda masih ragu-ragu atau sedang bertindak atas faktor emosi seperti tertekan dengan crush yang tiba-tiba muat naik gambar pasangan baru.
Ia hanya boleh dilakukan melalui pelayar (browser) di komputer atau telefon. Anda tidak boleh padam akaun Instagram melalui aplikasi.
- Buka pautan ini – https://www.instagram.com/accounts/remove/request/permanent
- Pilih mana-mana alasan mengapa anda mahu padam akaun.
- Masukkan kata laluan.
- Tekan ‘Delete (nama akaun)’
- Jika anda tidak log masuk akaun dalam masa 30 hari, maka akaun anda dipadam secara kekal.
Seandainya dalam masa diberi (30 hari) anda log masuk ke akaun tersebut, maka proses pemadaman akaun ini akan langsung terbatal.
Sebelum memadam akaun, Instagram menyarankan anda untuk muat turun salinan data akaun anda terlebih dahulu. Anda boleh ikuti langkahnya di sini.
Melalui pengalaman saya sendiri yang pernah melakukannya, memang akaun dipadam tidak dapat dihidupkan semula.
Jadi, jika anda mahu hanya berehat sebentar, lebih baik nyahaktif sahaja dengan fungsi ‘Temporarily disabled my account’.
Anda perlu tahu menyahaktifkan berbeza dengan memadam akaun seperti kami kongsikan ini.
- Nyahaktif (deactivate atau disable) – boleh dihidupkan bila-bila atau dalam tempoh tertentu.
- Padam (delete) – Kekal sampai bila-bila.
Jadi, fikir-fikirkan dulu di bawah shower sebelum buat satu-satu keputusan kerana ada kenangan yang lebih mahal daripada perasaan yang sementara.
{suggest}