Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spotify pie chart

Reka ‘Spotify Pie Chart’ Untuk Tahu Citarasa Muzik, Ini Caranya

Posted on Jun 8, 2022

Terdapat satu ciri baharu dicipta oleh pelajar kolej iaitu Spotify Pie Chart, yang membolehkan pengguna Spotify melihat carta pai citarasa muzik semasa mereka.

Pada 1 Disember setiap tahun, pengguna Spotify biasanya akan berkongsi artis dan lagu terbaik mereka tahun itu melalui Spotify Wrapped.

Lebih kurang sama dengan Spotify Wrapped, Spotify Pie Chart telah dicipta oleh pelajar UCLA, Darren Huang, dan membolehkan pengguna pada dasarnya melihat Spotify Wrapped mereka pada bila-bila masa sahaja.

Sejak laman web itu diwujudkan awal minggu ini, beberapa pengguna media sosial telah berkongsi dapatan mereka di Instagram dan Twitter.

Jika anda ialah salah seorang pengguna Spotify dan masih belum mencuba ciri ini, begini caranya.

Spotify Pie Chart

Langkah 1: Pergi ke laman web https://huangdarren1106.github.io.

spotify pie chart

Langkah 2: Log masuk ke akaun Spotify anda kemudian berikan kebenaran akses kepada akaun anda untuk melihat sejarah pendengaran di Spotify.

Secara automatik, anda akan terima keputusan dalam bentuk carta pai berdasarkan genre lagu yang sering didengar.

spotify pie chart
spotify pie chart

Selamat mencuba!

Baca juga:

  • Spotify Benarkan Pengguna Kongsi Lirik Ke Media Sosial, Ini Caranya
  • Pakej Spotify Untuk Pelajar, Ini Cara Nak Langgan
  • Cara Gabungkan Playlist Spotify Dengan Kenalan Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress