Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gmail tukar nama

Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Diterbitkan Mei 25, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh Nadiah Ab

Semakin kita membesar dan memasuki alam pekerjaan, wajib kita ubah nama pada Gmail kerana memainkan peranan yang sangat penting untuk menunjukkan sisi profesional kita lebih-lebih lagi apabila hendak menghantar e-mel kepada klien.

Dulu, nama pada Gmail sering dipandang remeh dan ada pelbagai nama ‘pelik’ yang kebanyakan dari kita pernah guna.

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi cara untuk mengubah nama pada Gmail anda supaya nampak lebih profesional.

Cara ubah nama melalui tetapan Gmail

Langkah 1: Buka akaun Gmail anda melalui pelayar web. Di bahagian atas kanan berhampiran gambar profil, klik ikon ‘Tetapan’.

ubah nama gmail

Langkah 2: Klik ‘See all settings’.

Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Langkah 3: Pilih ‘Accounts’.

ubah nama gmail

Langkah 4: Klik ‘edit info’ di bahagian ‘Send mail as’.

Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Langkah 5: Di tetingkap baru, tambah nama baru yang ingin ditukar di ruangan kosong dan klik ‘Save Changes’ untuk simpan kemas kini.

Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Anda selesai menukar nama pada Gmail anda.

Cara tukar nama melalui tetapan Google Account

Langkah 1: Pergi ke laman utama carian Google melalui pelayar web dan klik ikon profil akaun Google anda di bahagian atas kanan. Kemudian klik ‘Manage your Google Account’.

Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Langkah 2: Klik ‘Personal info’.

ubah nama gmail

Langkah 3: Klik bahagian nama anda.

Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Langkah 4: Ubah nama kepada nama yang ingin ditukar kemudian klik ‘Save’ untuk simpan kemas kini.

ubah nama gmail

Anda selesai menukar nama pada Gmail anda. Sila maklum penukaran nama melalui tetapan Google Account ini akan mengubah keseluruhan nama anda di semua platform Google.

Semoga bermanfaat!

Berkaitan

  • Cara Mematikan Fungsi "Auto Playing Thumbnail" Pada Peranti Android
  • Berhenti Guna "123456", Ini Petua Cipta 'Password' Paling Selamat
  • Cara Melihat Keseluruhan Transkrip Sarikata Yang Terdapat Pada Video YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY