Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Jadikan Telefon Pintar Atau Tablet Sebagai Monitor Kedua Komputer

Cara Jadikan Telefon Pintar Atau Tablet Sebagai Monitor Kedua Komputer

Diterbitkan Februari 19, 2021 · Dikemas kini Oktober 28, 2022 oleh Amsyar Latif

*Artikel ini diolah dan diterbitkan semula dengan kebenaran sumber asal.

Adakah anda seorang guru atau pensyarah? Pasti anda berasa sedikit kesukaran ketika mengajar anak murid atau pelajar.

Ini kerana pada skrin utama komputer anda sedang menggunakan Google Meet atau Zoom. Pada masa yang sama juga, anda hendak melihat atau memaparkan nota kepada anak-anak didik.

Oleh itu, penggunaan monitor (paparan) kedua amatlah senang dan memudahkan. Akan tetapi kekurangan monitor kedua ini sudah pasti kos tambahan untuk membeli monitor baharu dan ditambah lagi dengan wayar yang agak serabut.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Storan 256GB Dah Mencukupi
  • 5 'Game' PC Menarik Yang 'Confirm' Hadir Untuk Telefon Pintar
  • 7 Ciri 'Best' Pada Android 13 Yang Jadikan Android Lain Nampak Lapuk
  • Tidak Sengaja Jual FIFA 23 Pada Harga ~RM0.30, EA Kata "Kira Halal"

Kini, anda tidak perlu pening kepala kerana tablet atau telefon pintar sedia ada di rumah boleh dijadikan sebagai monitor kedua. Ikuti beberapa langkah mudah yang dikongsikan oleh Eriffin Azaman.

Pertama sekali, anda perlu memasangkan (install) aplikasi spacedesk pada telefon pintar atau tablet. Jangan risau, ia ditawarkan untuk dua platform Android dan iOS.

Cara Jadikan Telefon Pintar Atau Tablet Sebagai Monitor Kedua Komputer

Seterusnya, pergi ke laman web spacedesk, muat turun versi Windows anda – Windows 7/Windows 8.1/Windows 10 dan pasangkannya.

Cara Jadikan Telefon Pintar Atau Tablet Sebagai Monitor Kedua Komputer

Jika anda tidak tahu versi apa komputer anda guna, klik sahaja ikon folder. Kemudian klik kanan (right click) ikon This PC dan pilih properties. Di sini akan terpapar jenis sistem Windows anda, 32-bit atau 64bit.

Screenshot 2021-02-19 171017
Folder
Screenshot 2021-02-19 171119
This PC
Screenshot 2021-02-19 171241
Maklumat Sistem Operasi

Selepas anda memasang aplikasi ini pada komputer anda, IP-Address akan muncul pada paparan komputer.

IP pc

Masukkan IP-Address tersebut pada telefon pintar atau tablet anda dengan klik butang +.

ip fon

Akhir sekali, pada komputer anda semula, right click desktop. Klik display settings. Pada bahagian multiple displays, pilih extend these displays.

Cara Jadikan Telefon Pintar Atau Tablet Sebagai Monitor Kedua Komputer
Screenshot 2021-02-19 172003

Selesai. Kini paparan komputer anda lebih luas dan tidak perlu untuk minimize aplikasi dan sebagainya ketika mengajar.

Cara Jadikan Telefon Pintar Atau Tablet Sebagai Monitor Kedua Komputer

Itu sahaja pada tips kali ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Sumber: Eriffin Azaman

Gambar utama: Eriffin Azaman

*Artikel ini diolah dan diterbitkan semula dengan kebenaran sumber asal.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY