Rezeki tak pernah salah alamat. Beberapa pengguna di India bertuah apabila mereka mendapati Epic Games Store menjual FIFA 23 Ultimate Edition pada harga 4.80 rupee di India. Ia bersamaan sekitar RM0.27 atau $0.06.
EA mengesahkan kejadian ini dan membenarkan mereka yang sudah ‘mengambil kesempatan’ membelinya untuk terus menyimpan ‘game’ itu tanpa meminta wang lebihan.
Yooo!! Thanks @EpicGames ! ❤️
Bought fifa 23 ultimate edition for less than a dollar!! ?❤️ #FIFA23 pic.twitter.com/4WvdSvagIu
— Moin Hasan (@moin___hasan) July 20, 2022
Edisi Ultimate ini sepatutnya dijual pada harga $99.99 atau 4,799 rupee dan entah bagaimana atas kesilapan teknikal, sistem memberi diskaun sebanyak 99.98%.
“A few weeks back, we scored a pretty spectacular own-goal when we inadvertently offered FIFA 23 pre-purchase on the Epic Games Store at an incorrect price.” Sambung EA lagi, “It was our mistake, and we wanted to let you know that we’ll be honouring all pre-purchases made at that price.”
EA kemudian telah menghantar e-mel setiap pengguna Epic Games Store mengakui kesilapan mereka dan tidak akan meminta wang mereka untuk membayar pada harga sebenar mahupun ‘memulangkan’ semula permainan itu.
“Ambil jelah, rezeki korang,” semacam itu kata EA.
{suggest}
FIFA 23 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September kelak.
Untuk makluman, FIFA 23 ialah permainan terakhir daripada EA kerana telah mengambil keputusan untuk tidak membayar sejumlah $250 juta setahun pada FIFA. Generasi seterusnnya kelak akan menggunakan nama EA Sports FC.
Sehubungan itu, FIFA pula mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan permainan video yang sama dengan mengguna pakai nama tersebut.
Sumber: PC Gamer