5 'Game' PC Menarik Yang 'Confirm' Hadir Untuk Telefon Pintar

Tahun ini, sudah ada beberapa telefon pintar gaming yang berkuasa ditawarkan seperti POCO F4 GT, siri Black Shark 5, siri RedMagic 7 dan juga siri ROG Phone 6.

Namun, pasti ada yang mempertikaikan bahawa peranti gaming 'power' belum sesuai lagi. Ini kerana game mobile sekarang belum cukup padu lagi.

Tapi, jangan risau, telefon gaming yang overkill itu pasti dapat memanfaatkan spesifikasinya kerana sejumlah game PC bakal hadir dalam bentuk mudah alih.

Jadi, ini adalah 5 game PC baharu yang sudah pasti hadir untuk telefon pintar.

{snap}

1. Valorant




Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, permainan taktikal 5v5 Valorant kian mendapat tempat dalam kalangan gamer. Mana tidaknya, banyak pemain CS:GO memainkannya.

Ini kerana permainan dari Riot itu memang mirip Counter Strike: Global Offensive tetapi ada keunikan sendiri. Disebabkan itu, Riot sudah pun mengesahkan kehadirannya buat mobile.

Riot mengatakan ia sedikit berbeza berbanding versi PC dan akan disesuaikan buat telefon pintar. Tiada sebarang maklumat lain berkaitannya dan mungkin lambat lagi dilancarkan.

{snap}

2. Rainbox Six Mobile




Seperti Valorant, nama Rainbox Six pun bukanlah asing lagi dalam arena e-sukan. Ia juga permainan taktikal 5v5 di mana ada pemain yang akan menyerang dan bertahan.

Treler rasmi sudah pun diperlihatkan dan pra-pendaftarannya juga sudah dibuka. Bermakna, Rainbow Six Mobile semakin hampir untuk dilancarkan.

Bagi anda yang mahu nafas baharu dalam mobile gaming, Rainbow Six Mobile ini perlu dicuba apabila ia ditawarkan kelak.

{snap}

3. Call of Duty: Warzone




Ya, anda membacanya dengan betul. Call of Duty: Warzone, permainan battle royale popular ini bakal hadir dalam versi mudah alih.

Menurut pembangunnya Activision, COD: Warzone versi mudah alih ini boleh digambarkan seperti game dari EA, iaitu Apex Legends Mobile. Sekaligus, ia akan menjadi pesaing baharu dalam genre battle royale.

Buat masa sekarang, ia masih lagi dalam fasa pembangunan dan dijangka dalam setahun dua lagi baru dilancarkan.

{snap}

4. Naraka: Bladepoint Mobile




Sekiranya anda sudah muak dengan permainan tembak menembak bergenre battle royale, Naraka: Bladepoint pula menggunakan corak aksi berlawan.

Ia memang unik kerana anda boleh berlawan menggunakan pedang samurai dan sebagainya. Malah, mekanisme bermainnya juga berbeza.

Naraka: Bladepoint Mobile sudah pun diumumkan buat iOS dan Android. Kami menjangkakan ia bakal hadir buat telefon pintar dalam masa terdekat.

{snap}

5. The Division Resurgence




Permainan The Division mungkin tidak cukup popular di Malaysia tetapi ia masih mempunyai komuniti. Mungkin ingin mengikut trend, Ubisoft turut mengumumkan game versi mudah alihnya.

Digelar The Division Resurgence, penceritaannya merupakan kesinambungan The Division 1 dan The Division 2. Treler permainannya pun sudah dikongsikan dan percubaan tertutup Alpha bakal dibuka.

Seperti biasa, belum diketahui bilakah ia dilancarkan secara rasmi tetapi pengguna iOS dan Android boleh memainkannya nanti.