Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

7 Ciri ‘Best’ Pada Android 13 Yang Jadikan Android Lain Nampak Lapuk

Posted on Ogos 17, 2022Ogos 17, 2022

Android 13 telah dilancarkan pada 16 Ogos dan walaupun tidak perubahan yang besar, versi yang ke-13 ini tetap menampilkan pelbagai ciri baharu.

Antara semua ciri baharu yang diperkenalkan, ini merupakan 7 ciri best dan terbaik dalam kemas kini Android versi ke-13 ini.

{snap}

1. Banyak Pilihan Customization 

Antara ciri utama yang menarik adalah Android 13 memberi banyak pilihan customization untuk pengguna mengubahsuai peranti mereka.

Anda boleh menetap dan menyeragamkan ikon-ikon aplikasi dengan warna latar belakang dan tema pada peranti anda.

Sebelum ini, warna ikon aplikasi hanya terhad kepada hitam sahaja. Tetapi Android 13 memberikan anda peluang pilihan warna ikon yang lebih pelbagai lagi.

{snap}

2. ‘Media Player’ Yang Lebih Baik

Android 13 menampilkan talam notifikasi (notification shade) yang lebih menarik terutamanya apabila anda menggunakan media player.

Terdapat juga indicator pada talam notifikasi yang menunjukkan seek bar dalam durasi media yang sedang anda tonton seperti lagu, video dan lain-lain.

Selain itu, ciri pemilih output audio membolehkan dan memudahkan anda untuk menukar antara pembesar suara atau fon kepala.

{snap}

3. Pengimbas Kod QR Yang Lebih Mudah

Ciri ini memberikan anda akses kepada pengimbas kod QR dengan lebih mudah cepat dan efisien melalui talam notifikasi sahaja.

Hanya perlu tarik ke bawah sahaja talam notifikasi anda dan tekan pada ikon pengimbas kod QR sahaja untuk menggunakan ciri ini. Sama seperti iOS.

{snap}

4. Bahasa Yang Berbeza Untuk Setiap Aplikasi

Ciri ini merupakan satu kemudahan yang sangat ‘mesra alam’ bagi pengguna yang menguasai lebih daripada 1 bahasa.

Anda boleh menetapkan penggunaan bahasa yang spesifik untuk setiap aplikasi anda walaupun ia berbeza dengan bahasa peranti anda.

{snap}

5. Hadkan Akses Gambar Dalam Sesebuah Aplikasi

Ini merupakan ciri yang sangat ditunggu-tunggu dan sama yang ada pada Apple iOS. Ciri ini membolehkan anda mengehadkan akses sesebuah aplikasi kepada semua gambar yang ada pada peranti anda.

Itu bermaksud sesebuah aplikasi seperti media sosial hanya boleh mengakses gambar-gambar yang telah dipilih oleh anda sahaja. Oleh itu, privasi anda akan lebih terjamin.

{snap}

6. Ciri SOS Kecemasan Yang Lebih Baik

Pembaharuan yang diperkenalkan Google dalam Android 13 ini sangat memudahkan dan membantu anda pada waktu-waktu kecemasan dan saat genting.

Ciri ini membenarkan anda menghubungi dan berkongsi maklumat dengan individu terpilih tanpa perlu nyahkunci peranti anda. Android 13 membolehkan ciri ini diguna pada jam yang menjalankan Wear OS.

{snap}

7. Spatial Audio

Kita tahu ciri spatial audio memberi anda satu pengalaman muzik 3D yang lebih menyeluruh dan mendalam kepada pengguna.

Anda sudah boleh mengakses ciri spatial audio dalam Android 13 ini sekiranya headphone anda menyokongnya.

{snap}

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya berpendapat Android 13 kali ini menampilkan banyak perubahan kecil yang sangat convenience dan mempermudahkan urusan pengguna.’

Walaupun begitu, saya juga tidak nafikan ciri-ciri yang diperkenalkan Android 13 ini telah lama ada dan diperkenalkan dalam iOS.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress