Canon Menghadapi Serangan Ransomware, 10TB Data Pengguna Dicuri

Baru-baru ini Canon telah mengalami serangan ransomware. Ia memberi kesan kepada beberapa perkhidmatan mereka seperti emel, Microsoft Teams, laman rasmi di AS, dan beberapa aplikasi dalaman.

Serangan ini telah dilaporkan oleh BleepingComputer selepas menyiasat perkhidmatan storan gambar dan video yang tidak berfungsi seperti biasa. Apa yang berlaku ketika ini adalah data sebanyak 10TB pengguna telah hilang.

Laman rasmi Canon tidak boleh diakses ketika ini dan memaparkan teks "Internal Server Error" yang berlarutan selama beberapa hari.



Sebuah nota tebusan telah diperoleh oleh BleepingComputer memperlihatkan apa motif serangan tersebut.

Menurut nota tersebut,serangan tersebut merupakan dari jenis ransomware Maze. Ransomware jenis ini bukan sahaja menyulitkan fail mangsa, malah turut mengugut untuk mendedahkannya data tersebut untuk tontonan awam.

Canon

Maze juga sebelum ini bertanggung jawab atas kes ransomware beberapa syarikat terkenal lain seperti LG, Xerox, Cognizant, dan lain-lain.

Buat masa ini, Canon masih lagi menyiasat situasi berkenaan.

Sumber: BleepingComputer