Pengguna Shell Kini Boleh Bayar Isian Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia

Shell akhirnya merasmikan aplikasi Shell Asia yang bolehkan pengguna bayar terus isian minyak melalui aplikasi tanpa perlu ke kaunter.

Kata Shell di laman web, anda boleh semak stesen minyak mana yang menyokong Shell Asia menerusi aplikasi itu sendiri.

muat turun shell asia

Ia sama seperti Setel, namun cirinya masih terhad, tidak sebanyak pada aplikasi buatan Petronas itu. Shell Asia sebenarnya sudah tersedia dan digunakan sejak beberapa minggu lepas.

Sekitar 2 minggu lalu, kami pernah kongsikan cara-cara gunakannya dan pendapat kami tentang aplikasi ni. Ia boleh dibaca di SINI.

https://www.tiktok.com/@wisermy/video/7265634877876342023?lang=en

Untuk makluman, ia terpaut secara automatik dengan akaun Bonuslink anda. Jika tidak ada, anda harus ciptanya dalam aplikasi Shell Asia. Namun, jangan risau kerana ia mudah dan ambil masa yang singkat.

Ramai juga pengikut kami sudah mencuba Shell Asia dan kebanyakannya lebih gemar dengan Setel kerana ia pantas dan lebih memudahkan berbanding Shell Asia. Saya juga berkongsi pendapat yang sama.

{suggest}

Selain Shell Asia dan Setel, Caltex juga mempunyai aplikasi yang sama untuk stesen minyaknya iaitu Caltex Go. Saya tidak dapat mencubanya lagi kerana ia tidak serasi dengan iOS 17 versi beta.

Sebenarnya, kalau anda mahu pengisian yang lebih pantas, boleh cuba RFID TNG namun isunya ialah stesen minyak Shell yang menyokong ciri ini sangat terhad.

Jika anda mahu beli minyak pelincir dan sebagainya daripada Shell di Shopee, klik SINI.

Sedang mencari car phone holder? Boleh cuba lihat di Shopee Mall melalui pautan INI.