Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Calon Berkelayakan Dipelawa Isi Jawatan Utama Di Pejabat AI Kebangsaan

Calon Berkelayakan Dipelawa Isi Jawatan Utama Di Pejabat AI Kebangsaan

Diterbitkan Oktober 8, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Digital mempelawa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan utama di Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang baru ditubuhkan.

Antara jawatan utama yang ditawarkan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Makmal Dasar AI, Pengarah Pertukaran Inovasi AI, Pengurus Dasar dan Tadbir Urus AI serta lain-lain.

Penubuhan NAIO bertujuan untuk meningkatkan keupayaan AI negara dengan memupuk inovasi, mempromosikan kerjasama merentas sektor, serta menyokong integrasi AI dalam rangka kerja kerajaan, industri dan masyarakat.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata calon yang sesuai akan mempunyai peluang unik untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan AI di Malaysia, serta memimpin usaha untuk mengukuhkan status Malaysia sebagai pengaruh utama dalam bidang AI di rantau ini.

Kekosongan jawatan tersebut diiklankan sejak 30 September dan tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Oktober ini. Untuk maklumat lanjut atau permohonan jawatan, layari portal rasmi NAIO.

Berkaitan

  • Portal Fraud Kebangsaan Dilancarkan Untuk Perkukuh Operasi NSRC
  • Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini - Gobind

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY