Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CAAM dron banjir_

CAAM Larang Terbang Dron Tanpa Kelulusan Di Kawasan Terjejas Banjir

Diterbitkan Disember 2, 2024 oleh Amalina Athman

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang penerbangan dron tanpa kelulusan di kawasan terjejas akibat banjir di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Menurut CAAM, larangan itu bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, terutamanya melibatkan aspek keselamatan dan perlindungan orang awam, pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi pemantauan serta usaha mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan terlibat.

Selain itu, penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu aktiviti pemantaun melalui udara oleh pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta operasi SAR menggunakan helikopter.

CAAM menegaskan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

Berkaitan

  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • MAVCOM Akan Dibubar, Digabungkan Dengan CAAM - Menteri
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Penumpang Dilarang Guna Bagasi 'Skuter' Di Apron Lapangan Terbang - CAAM

Sumber: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY