Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penumpang Dilarang Guna Bagasi ‘Skuter’ Di Apron Lapangan Terbang – CAAM

Penumpang Dilarang Guna Bagasi ‘Skuter’ Di Apron Lapangan Terbang – CAAM

Diterbitkan November 18, 2024 · Dikemas kini November 18, 2024 oleh Amalina Athman

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau ‘skuter’ sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.

Dalam arahan keselamatan bertarikh 15 November, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Dato’ Kapt Norazman Mahmud berkata walaupun bagasi pintar yang boleh ditunggang itu menawarkan kemudahan kepada penumpang, namun penggunaannya seperti di apron boleh menimbulkan risiko keselamatan.

Buat pengetahuan, apron merupakan persekitaran yang kompleks dengan jentera berat, pesawat bergerak, kenderaan perkhidmatan darat dan petugas. Ia memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan, pelanggaran dan kemungkinan kerosakan peralatan.

Penumpang Dilarang Guna Bagasi ‘Skuter’ Di Apron Lapangan Terbang – CAAM
Kredit: Isarsoft

Mengulas lanjut, Norazman berkata bagasi pintar yang dilengkapi dengan motor elektrik perlu dimatikan apabila memasuki apron, dan komponen bateri mesti dinyahaktifkan. Ini bagi menghalang pengaktifan tidak sengaja yang boleh menyebabkan risiko keselamatan.

Lanjutan itu, beliau menegaskan bahawa penggunaan bagasi pintar adalah tidak dibenarkan melebihi kawasan yang ditetapkan seperti ruang terminal dan zon menunggu, selain papan tanda larangan perlu dipasang untuk memaklumkan para pengguna.

Syarikat penerbangan turut disarankan menyertakan amaran tentang penggunaan bagasi pintar seperti pada maklumat tiket atau melalui pengumuman.

Berkaitan

  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • MAVCOM Akan Dibubar, Digabungkan Dengan CAAM - Menteri
  • 7,598 Dron Cipta Rekod Dunia Baharu, Papar Visual Udara Yang Menakjubkan
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY