Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CAAM MAVCOM_

MAVCOM Akan Dibubar, Digabungkan Dengan CAAM – Menteri

Diterbitkan Jun 14, 2024 ยท Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubar dan digabungkan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pembubaran dan pindaan terhadap kedua-dua agensi terbabit akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan ini.

Menurutnya, penggabungan ini kelak akan mengurangkan kerenah birokrasi serta mempertingkatkan keberkesanan serta kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan penerbangan awam, terutamanya dalam perkhidmatan pelesenan.

Dengan penggabungan MAVCOM dan CAAM kelak, tiada lagi keperluan untuk mendapatkan kelulusan berasingan daripada dua agensi.

Tambahnya lagi, mekanisme tunggal seperti ini juga diguna pakai di beberapa negara yang mengendalikan sektor pengangkutan udara utama dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Singapura dan Republik Rakyat China.

Berbalik kepada konteks, beliau berkata pihaknya menjangkakan penggabungan itu akan berlaku sepenuhnya pada tahun depan.

Untuk makluman, MAVCOM ditubuhkan untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubung dengan industri penerbangan awam di Malaysia serta mengadakan peruntukan bagi fungsi dan peraturan dalam perkara yang berkaitan.

Sementara CAAM pula bertanggungjawab dalam pengawal seliaan teknikal penerbangan awam negara selaras dengan prosedur teknikal dan keselamatan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (IKO).

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY