Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
byd yangwang u9

BYD Yangwang U9 Tanpa Pemandu Diperlihat Mampu Melompat Halangan Jalan Berlubang

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amsyar Latif

BYD, jenama automotif terkenal, baru-baru ini mempamerkan kehebatan Yangwang U9, supercar elektrik mereka, dalam sebuah video demonstrasi. Menerusinya, U9 yang bergerak tanpa pemandu sambil melompat pelbagai halangan seperti lubang besar berisi air dan pepaku jalan pada kelajuan 120 km/j.

Yangwang U9 dilengkapi dengan sistem suspensi Disus X, yang membolehkannya melompat, menari, dan bahkan bergerak hanya dengan tiga roda. Sistem ini membolehkan U9 melompat sejauh 6 meter untuk melepasi lubang sepanjang 2.5 meter dan pepaku setinggi 3.5 cm.

Dilancarkan pada Februari 2024 dengan harga 1.68 juta yuan (~RM1.03 Juta), U9 dikuasakan oleh empat motor elektrik dengan kuasa gabungan 960 kW (1,287 hp) dan tork puncak 1,680 Nm. Supercar ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 2.36 saat dan mencatatkan masa 7:17.9 di litar Nürburgring pada November 2024.

BYD Yangwang U9

Walaupun beratnya mencecah 2,475 kg, U9 tetap menonjol dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 80 kWh, memberikan jarak sehingga 465 km di bawah ujian CLTC. Dengan seni bina 800V, bateri boleh dicas dari 30% ke 80% dalam hanya 10 minit.

Supercar sepanjang 4,966 mm ini menampilkan reka bentuk sporty dengan ciri-ciri seperti dual charging—membolehkan pengecasan menggunakan dua kabel serentak, teknologi yang juga digunakan dalam model BYD lain seperti Denza D9 dan N7.

Walau bagaimanapun, tidak pasti mengapa ia diperlihatkan sebegitu. Adakah ia hanyalah gimik semata-mata atau BYD mahu menunjukkan yang keretanya mampu berbuat demikian.

Ini kerana, secara realitinya pengguna biasa tidak akan berbuat demikian dan jika benar pengguna melakukan lompatan itu, mungkin boleh membahayakan pengguna lain. Apa-apa pun, teknologi BYD itu masih mengagumkan.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China
  • BYD Sealion 7 Dilancarkan, 2 Varian Ditawar Dengan Harga Bermula RM183,800
  • BYD Bakal Lancarkan Bateri EV Generasi Baharu, Janjikan Lebih Julat Perjalanan

Sumber: carnewschina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY