BYD Akan Lancar YangWang U9, EV Berkuasa Mampu 'Menari' Dan Pecut 0 - 100km/j Dalam Masa 2 Saat

BYD menghangatkan lagi perlumbaan penawaran EV berprestasi pada tahun ini dengan mengumumkan tarikh pelancaran bagi EV berkuasa mereka, YangWang U9.

BYD mengumumkan secara rasminya YangWang U9 akan dilancarkan pada 25 Februari 2024 ini.



Jika anda masih ingat, BYD YangWang U9 sudah pun diperlihatkan lebih awal pada April tahun lepas di pameran Shanghai Motor Show.

Pada kemunculannya itu, BYD memperlihatkan kehebatan sistem gantungan EV itu yang dipanggil 'Sistem DiSus' – didakwa BYD sebagai "sistem kawalan badan kenderaan paling canggih dalam industri di seluruh dunia."

Sistem gantungan itu membolehkan EV itu melompat dan bergerak seperti menari mengikut rentak muzik. Ia umpama sedang "berbual" dan mengingatkan kita tentang Lightning McQueen dalam filem Cars.

https://www.youtube.com/watch?v=TDG5bDRNkcc&ab_channel=BYDGlobal

YangWang U9 adalah EV yang dikuasakan oleh empat motor elektrik yang berupaya menghasilkan gabungan kuasa setinggi 1,300hp (960kW).


Sekali gus membolehkannya memecut selaju 100km/j dari keadaan pegun hanya dalam masa dua saat seperti yang didakwa BYD.


Walaupun spesifikasi bateri U9 masih belum diumumkan, tetapi laporan media China mencadangkan EV itu akan dapat bergerak sehingga sejauh 700 kilometer dengan sekali cas.


Walaupun harga jualannya masih menjadi rahsia, tapi ia dijangka dijual bermula pada sekitar RMB1,000,000 (~RM664,267).


{suggest}


Sumber: Electrek, Gizmochina