Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
byd seal

BYD Dilapor Akan Lancar Teknologi Pemanduan Pintarnya Sendiri Bulan Depan

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan laporan oleh media China, BYD dikatakan akan melancarkan teknologi pemanduan pintar baharu yang dibangunkannya sendiri pada bulan hadapan.

Teknologi pemanduan pintar BYD itu adalah yang pertama dan dijangka akan tersedia pada 30 Mac nanti.

Ia akan dipasang pada SUV BYD Denza N7 yang akan menjadi EV pertama daripada barisan gergasi EV itu yang menerima peningkatan teknologi tersebut.

Sehingga tahun lepas, jualan BYD datang daripada model pasaran besar-besaran tetapi hanya sedikit sahaja atau tiada tersedia dengan ciri pemanduan pintar yang canggih seperti itu.

Sementara pembuat EV premium seperti NIO, XPeng, Huawei dan Li Auto menyediakan ciri teknologi pemanduan pintar sebagai standard pada EV mereka.

Dengan BYD memasuki segmen EV premium dengan jenama seperti Yanwang dan Fang Cheng Bao, pembuat kereta itu kini beralih kepada teknologi pemanduan pintar.

Sebelum ini, BYD telah bekerjasama dengan pembekal lain termasuk Momenta dan DJI berkaitan sistem pemanduan pintar untuk EV nya.

Berkaitan

  • Pernah Diketawakan Elon Musk, BYD Kini Atasi Tesla
  • BYD Lancar YangWang U7, Sedan NEV Mewah Dengan Kuasa Lebih 1,000HP
  • Lagi Model EV China Bakal Masuk Malaysia, GAC Aion Y Plus Akan Saingi BYD Atto 3

Sumber: CnEVPost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY